Connect with us

Pelancongan

Sektor pelancongan dalam keadaan kritikal, kata MPN

Ia disebabkan masalah kekurangan tenaga kerja asing.

Published

on

Datuk Michael Kang, Ahli MPN

Sektor pelancongan pada ketika ini berada dalam keadaan kritikal rentetan kekurangan tenaga kerja warga asing selain faktor jumlah pelancong dari luar negara yang berkurangan, kata Ahli Majlis Pemulihan Negara (MPN) Datuk Michael Kang.

Katanya, situasi itu dapat dilihat apabila ada beberapa hotel yang mempunyai kapasiti 800 bilik tetapi hanya mampu menyediakan 300 bilik sahaja ekoran kekurangan tenaga kerja.

Katanya, bagi menangani masalah kekurangan tenaga kerja, MPN mengesyorkan kepada kerajaan supaya satu Jawatankuasa Tindakan Khas Berkenaan Kekurangan Tenaga Kerja Dalam PMKS yang diterajui Kementerian Sumber Manusia diwujudkan bagi meneliti permasalahan pengambilan pekerja asing serta mencari jalan penyelesaian segera.

“MPN berpandangan langkah-langkah segera perlu diambil bagi mempercepatkan proses kemasukan pekerja asing oleh semua sektor industri bagi menyokong proses pemulihan negara.

“Kita juga telah mengemukakan dua syor utama kepada kerajaan bagi menangani masalah aliran tunai dan pembiayaan PMKS iaitu penubuhan Jawatankuasa Tindakan Khas Berkenaan Isu Kekangan Aliran Tunai dan Pembiayaan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi,” katanya pada satu sidang media khas di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Menurut Kang, MPN juga mengesyorkan supaya pihak bank diberi kebenaran untuk meneruskan program penjadualan atau penstrukturan semula pembiayaan (moratorium) kepada PMKS yang memerlukan.

Terkini