Connect with us

Perniagaan

Kementerian Sumber Manusia akan bentang laporan status pekerja asing kepada MPN

Published

on

Datuk Seri Saravanan Murugan, Menteri Sumber Manusia

Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan membentangkan laporan penuh berhubung status kemasukan pekerja asing ke Malaysia kepada Majlis Pemulihan Negara (MPN) dalam masa terdekat.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan berkata pihaknya sedang mengemas kini laporan terbabit berdasarkan gerak kerja yang telah dilaksanakan oleh kementerian itu.

“Wakil KSM ada dalam MPN tapi mungkin tidak maklumkan perkembangan (kemasukan pekerja asing) kepada (Pengerusi MPN) Tan Sri (Muhyiddin Yassin).

“Kita akan bentangkan kepada beliau tidak lama lagi,” katanya seperti dilaporkan agensi berita nasional, Bernama.

Semalam, Muhyiddin menggesa kerajaan agar menyegerakan proses kemasukan pekerja asing bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja terutama dalam sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta menyatakan kelewatan kerajaan menangani isu itu akan menjejaskan produktiviti selain merencatkan proses pemulihan negara.

Menurut Bernama, Saravanan berkata kerajaan sudah meluluskan kuota pengambilan pekerja asing berdasarkan permintaan pelbagai sektor di negara ini dan proses seterusnya adalah terletak kepada majikan untuk menyegerakan pengambilan pekerja asing.

“Kemasukan pekerja asing ini perlu melalui pelbagai proses selepas mendapat kelulusan daripada kerajaan.

“KSM selesaikan hampir semua tanggungjawab untuk bawa masuk pekerja asing cuma sekarang kita kena kenal pasti di mana punca kelewatan ini,” katanya.

Beliau berkata KSM menandatangani memorandum persefahaman dengan beberapa negara sumber antaranya Bangladesh, Indonesia, Kemboja dan India.

Continue Reading
Click to comment

Notice: Undefined variable: user_ID in /var/www/html/pemulihan/wp-content/themes/zox-news/comments.php on line 49

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Terkini