AHLI MAJLIS PEMULIHAN NEGARA
Biodata Ahli MPN
Turut Hadir Tetap
YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin
Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Menteri Pendidikan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri Pertanian dan Menteri Belia dan Sukan.
Selain itu beliau merupakan bekas Menteri Besar Johor.
YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abd Aziz
Beliau merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan/Pengarah Eksekutif CIMB Group Holdings Berhad iaitu sebuah bank universal ASEAN terkemuka, serta pemimpin dunia dalam kewangan Islam.
Beliau juga ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Eksekutif CIMB Bank Berhad dan Presiden Pesuruhjaya PT Bank CIMB Niaga Tbk.
Di luar CIMB, Tengku Zafrul kini menjadi ahli kepada Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC), mewakili Malaysia dalam mempromosikan intra perdagangan dan kerjasama di Asia Pasifik.
YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Luar Negeri, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Belia dan Sukan.
YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali
Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Menteri Besar Selangor.
YB Dato’ Sri Haji Fadilah Haji Yusof
Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Kerja Raya dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
YB Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin
Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan pensyarah dalam bidang perakaunan di Universiti Tasmania, Hobart di Australia.
YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Khairy Jamaluddin Abu Bakar merupakan Menteri Kesihatan.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan Menteri Belia dan Sukan.
YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed
Dato’ Sri Mustapa Mohamed adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).
Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,
Menteri Pengajian Tinggi, Menteri Kewangan Kedua dan Menteri Pertanian.
Beliau juga merupakan bekas Pengarah Eksekutif, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).
YBhg. Tan Sri Mohd Zuki bin Ali
Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dari April 2019 sehingga Disember 2019.
Sebelum itu beliau merupakan Timbalan Ketua Setiausaha di Jabatan Perdana Menteri dan pernah berkhidmat di pelbagai kementerian.
YBhg. Datuk Seri Asri Hamidon
Sebelum ini beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Polisi) Perbendaharaan dan di beberapa jabatan dan bahagian Kerajaan termasuk Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri dan di Kementerian Kewangan.
Beliau juga menganggotai Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Bina Darulaman Berhad, Telekom Malaysia Berhad, Pelaburan Hartanah Berhad, DanaInfra Nasional Berhad, Aset Tanah Nasional Berhad, GovCo Holdings Berhad dan Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia.
YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad
Beliau pernah menjadi pensyarah di Fakulti Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang dan HUSM, Kelantan.
Beliau merupakan anggota parti Amanah yang mewakili pembangkang Pakatan Harapan (PH) di dalam MPN.
YB Tuan Chong Chieng Jen
Beliau juga merupakan seorang peguam bersama Chong Brothers Advocates.
Beliau merupakan anggota parti DAP yang mewakili pembangkang Pakatan Harapan (PH) di dalam MPN.
YB Tuan Wong Chen
YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Bernard Giluk Dompok
YBhg. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Beliau merupakan bekas Menteri Kewangan Kedua, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancang Ekonomi), Penasihat Khas Ekonomi kepada Perdana Menteri dan Pengarah Khazanah Nasional.
YBhg. Tan Sri Dato’ Azman bin Haji Mokhtar
Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Khazanah Nasional.
Selain itu, beliau juga merupakan Felo Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA), United Kingdom, serta ahli profesional Penganalisis Kewangan Bertauliah (CFA).
YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Anthony Francis Fernandes
Beliau merupakan bekas Pengarah Urusan Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd.
YBhg. Professor Dato’ Dr. Adeeba Kamarulzaman
Beliau dikenali menerusi hasil kerjanya dalam memperjuangkan kaedah pencegahan dan rawatan HIV/AIDS.
Beliau adalah pengerusi Yayasan AIDS Malaysia dan Profesor Madya tambahan di Universiti Yale.
Adeeba juga pernah dilantik sebagai penasihat kepada pelbagai jawatankuasa di bawah WHO mengenai penyakit HIV dan AIDS.
YBhg. Datuk Michael Kang
Beliau telah berkecimpung dalam industri ICT yang melibatkan pembuatan perkakasan, pengedaran dan peruncitan termasuk perniagaan perisian, e-dagang dan perniagaan perdagangan antarabangsa sejak 1985.
YBhg. Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim
Dr. Habibah Abdul Rahim merupakan bekas Ketua Pengarah Pelajaran.
Beliau pernah menyandang pelbagai jawatan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Institut Aminudin Baki (IAB).
YBhg. Dato’ Dr. Hartini Zainudin
Beliau juga merupakan Naib Presiden kepada NGO Suara Kanak-kanak.
YBrs. Encik Soo Hoo Khoon Yean
YBrs. Dr. Wan Muhammad Hasni bin Wan Sulaiman
Beliau adalah ahli Lembaga Pengarah di HK Aerospace Beidou New Energy Technology Co. Ltd.
YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sulaiman Mahbob
Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri, Ketua Sekretariat Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC), Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Pengerusi dan Pengasas Institut Integriti Malaysia (IIM), Pengerusi Telekom Malaysia Berhad dan Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah
Beliau juga merupakan Presiden Majlis Perubatan Malaysia.
YBhg. Datuk Haji Rodzi bin Md. Saad
Sebelum ini beliau adalah Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan) MKN dan pernah berkhidmat di pelbagai kementerian dan agensi kerajaan.
